Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada yang sudi membaca tulisan ini, aku ucapkan Jazakallah Khairan Khatira.
Ini bukan blog pertama aku, kerana sebelumnya aku sudah mempunyai 2 blog dan masing-masing blog aku banyak menulis perkara remeh-temeh dan tiada manfaat untuk aku dan untuk orang lain. Blog yang aku akan tulis ini sure aku rasa tidak bermanfaat untuk orang lain tapi sekurang-kurangnya aku ingin meluahkan apa aku rasa, siapa tahu orang yang membaca turut berkongsi pengalaman rasa yang sama.
Lately, hati ini rasa tak tenang, sejujurnya dari hati aku ingin mengatakan, aku selalu miss solat fardhu yang seharusnya wajib ditunaikan setiap umat Islam. Tapi aku tak berminat melakukannya, kerana bagi aku, harta-benda dan materi yang ada cukup untuk memberikan kebahagiaan berpanjangan.
Aku silap. Sepanjang tempoh kerjaya sebagai seorang doktor yang sudah masuk 2 bulan ini, aku melalui pengalaman pahit dan manis dengan berbagai situasi dan karenah, tidak kiralah dari pesakit atau staf hospital itu sendiri. Melihat pengalaman seorang pesakit yang mengerang kesakitan, betapa aku tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah beri. Melihat pengalaman pesakit yang tidak mempunyai duit untuk membiayai perubatan anaknya, betapa aku tidak bersyukur dengan segala kemewahan yang aku dapat dari orang tua aku, yang sebetulnya merupakan rezeki kurniaan Allah. Melihat pengalaman aku yang bekerja tidak sepenuh hati, kerja mau tak mau, malas-malasan dalam menjalankan tugas, "took things for granted", aku tidak bersyukur betapa banyak orang di luar sana yang tidak ada kerja dan tidak ada mata pencarian nafkah untuk menyara hidup.
Kenapalah, Ya Allah, kenapalah hati ini keras untuk beribadat kepadaMu Ya Allah? Kenapa? Aku tak tenang dengan situasi macam ini. Kenapa aku lalai dari mengingatiMu?
Aku sedih dengan kehidupan aku sekarang. Aku sedar, kehidupan berasaskan materi tidak mendatangkan kebahagiaan abadi. Aku rasa duit aku banyak, bila aku gunakan duit untuk membeli sesuatu yang aku hajati, dan apabila aku telah mendapatkan barang yang aku impikan, aku tidak gembira, aku tidak pernah rasa gembira, sebaliknya aku tak tenang, hati berdebar-debar, macam ada "link" yang missing. Inilah tanda seorang hamba yang tidak bersyukur.
Aku ingin membetulkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan, aku ingin "put it straight" in every mistake i've done in past few months, aku lost contact dengan Tuhan, aku nak memperbetulkan balik hubungan aku dengan Allah.
Aku selalu luahkan kepada mak, "Mama, Momin tak tenang mak",
Mak pantas menjawab, "Lakukan segalanya sebagai ibadah kepada Allah, bacalah Allahuma Rabbi Yassir, Walatuassir, Rabbi Tammim Bil Khair"
Maafkanlah kesalahan dan kesilapanku ini Ya Allah.
Ampunkanlah aku.
Sesungguhnya aku termasuk dari golongan hambaMu yang zalim lagi tidak bersyukur.